JODOH usah di cari terlampau sempurna ^_^
Wednesday, May 22, 2013 ? 0 puffybunny ?
Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di
mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA
hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia
akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN
segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu
teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar
untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu
cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH
seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali
dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya
kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi
hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti
baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi
itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu
mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi
milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..;)