Kenali Virus Perosak ;D 
Friday, April 8, 2011 ? 2 puffybunny ?
Virus JKR
Virus ini wujud dlm syarikat atau
pejabat.Pekerja yang terkena virus JKR atau Jangan Kerja Rajin ini boleh
dijangkiti pekerja lain dan mengakibatkan kualiti pekerja menjadi hampeh.
Virus BPR
Virus BPR atau Badan Pemain Rasuah ini
wujud dalam bidang sukan.Mana-mana atlet yang terkena virus ini akan bermain
untuk kalah dan boleh dikesan terutamanya jika bertubi-tubi menjaringkan gol
sendiri.
Virus Triple H
Virus Hasad dengki,Hasut dan Haloba
atau Triple H ini wujud berleluasa dalam masyarakat.Sifatnya lebih kurang virus
JKR juga iaitu tidak senang duduk dan akhirnya diri sendiri menjadi hampeh.
Virus HIV
Virus HIV atau Huru-hara,Intai dan
Vandalisme ini lazimnya menyerang para remaja.Para remaja yang terkena virus
ini bukan sahaja merosakkan diri sendiri malah turut menyusahkan mesyarakat.
Virus 3M
Virus 3M ini ada saling berkait rapat
dengan konsep Menulis,Membaca dan Mengira kerana sama-sama berlaku dalam
kelas.Bezanya,pelajar yang terkena virus ini akan jadi Malas,Memonteng dan
Meniru dalam peperiksaan.
Virus WWF
Virus ini bukannya dihadapi oleh
peminat wrestling bahkan tiada kaitan langsung tetapi hanya dihadapi oleh
kebanyakan lelaki bujang.Virus ini boleh dikesan melalui perbuatan mereka yang
menyukai wang,wanita dan berfoya-foya [ WWF ] .
Akhir kata,buatlah kesimpulan sendiri
hahaha=) !


Put your cbox or fibox here. Maximum width 240px :)
Template : 


